CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

assalamualaikum...hey ! tenks for visit my blog dan jangan lupa follow me k ! luve u such much !

Friday, November 2, 2012

Nak Bebas !

Assalammualaikum dan selamat petang, mudah-mudahan si pembaca sihat-sihat sahaja, aku  pon dah lama tak update aku ni, sampai berhabuk ish3 terok terok . aku nak tanya ampa
apa ampa buat kalau lelaki minta kaple ngan korang? nak tima dia?? ush !! sorry lah aku tak
berminat lah.. tolong lah aku.. aku benci lah dengan ayat  pasrah dia tuh ! dia dok harap aku jadi bini dia. eii geli lah weh ! aku dah reject dah dia. 




tapi dia stiil lagi harap aku ni akan jadi bini dia. tolong lah weh lepaskan aku, aku nak bebas macam burung. aku tak mau dikokong tau dak. kalo ang memang sayang aku, ang tolong la lepaihkan aku. PLEASE ! aku anggap ang macam kawan ja xlebih dan xkurang oke?



bukan happy dengan cinta cinton nih oke? happy dengan KEBEBASAN ! erh ! 
ni luahan aku selam ni. aku xmampu nak pendam dalam hati aku ni. dah menanah !
dan aku jugak nak minta maapkan kalo kalo aku buat ang saked ati oke?
aku harap ang berubah sikap ang tu, ang belajaq bagi pandai2 dulu. dapat qeja besa. baru bleh menikah paham? sampai sini saja assalammualaikum :/

Thursday, June 7, 2012

Dugaan Remaja






Assalammualaikum, dan salam mahabbah.. Bismillahirrahmanirrahim. Hidup sebagai remaja yang beragama Islam zaman sekarang ni banyak cabaran dan dugaannya. Hanya remaja yang tabah dan sabar menghadapinya bakal diangkat ke darjat yang lebih tinggi.
Isu aurah dan juga couple.
Isu hangat sepanjang masa.
Apabila masalah ini berlaku, ibu bapa yang menjadi mangsa.
Dikatakan tidak mendidik anak secukupnya.
Tapi sebenarnya,
Persekitaran lah puncanya.
Remaja yang masih dapat menutup aurah sepenuhnya,    
Remaja yang masih dapat menjaga pergaulannya,
Remaja yang masih menghormati ibu bapanya,
Remaja yang masih dapat mengawal nafsunya,
Remaja yang masih melakukan suruhan-Nya,
Remaja yang masih meninggalkan larangan-Nya,
Ya Allah, rahmatilah mereka,
Sesungguhnya mereka patut berbangga dengan diri mereka,
Kerana...
Untuk melakukan sedemikian
bukan lagi benda yang senang,
Dengan hasutan dari syaitan via kawan-kawan,
Ya Allah, kuatkanlah iman mereka,
Sesungguhnya mereka telah berjuang habis-habisan melawan musuh-Mu iaitu syaitan yang direjam,
                        
Andai saja diberikan hajat dan diperkenankannya,
Ya Allah, aku mohon,
kuatkanlah hati para remaja yang masih berjuang untuk menegak agama yang satu,
lapangkanlah dada kami menghadapi segala cabaran dan dugaan-Mu,
tunjukkanlah kami jalan yang lurus supaya kamu tidak terpesong dari aqidah-Mu,
sesungguhnya kami teringin sekali untuk masuk ke Jannah-Mu,
sesungguhnya kami sama sekali tidak ingin untuk ke Jahannam-Mu,
tapi apakan daya,
kebaikan yang dilakukan oleh kami
masih tidak kami ketahui
lebih banyakkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
lebih sikitkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
bimbingkanlah kami sepanjang masa,
setiap waktu,
hanya kepada-Mu kami berserah dan meminta pertolongan wahai Tuhan yang Esa, Ya Allah.
Andai tersalah kata mahupun bahasa, aasif wahai teman. Sesungguhnya semua manusia melakukan kesilapan. Segala yang baik datang dari-Nya dan buruk itu datang dari insan tidak sempurna ini. 
                           

Thursday, April 26, 2012

Sensitiviti Foto Di Laman Sosial

Assalammualaikum. Salam hari Jumaat. Nak ciqetq kat angpa sikit. Bagaimana agaknya perasaan seorang lelaki seandainya dia tahu bahawa gambarnya sedang diamati dan dilihat orang asing. Mungkin tiada apa-apa kesan kepada individu tersebut. Baginya normal untuk seseorang melihat wajahnya. Malah mungkin timbul rasa bangga dengan ke-macho-an dirinya yang dilihat orang lain. Lagi bertambah suka di hati jika yang melakukannya ialah secret admire.
Tapi bagaimana kalau posisi lelaki tersebut ditukar kepada wanita. Bukan sebarang wanita tetapi seorang muslimah pula. Jika dahulu, foto kita hanya dimiliki oleh diri sendiri sahaja tetapi sekarang dengan kemunculan laman sosial, segalanya menjadi amat mudah.
Hanya tekan butang upload dan gambar itu akan terpapar di sesawang internet seluruh dunia.Jika diperhatikan, banyak kebaikan yang hadir dengan kemajuan teknologi dalam photo sharing yang boleh dimanfaatkan bersama tetapi rasanya, cuba kita singkap keburukan dan kelemahannya pula.
Seandainya kita melayari laman sesawang yang menawarkan khidmat group, pasti akan terlihat pelbagai jenis foto manusia yang tidak pernah sekali pun bersua.
Apatah lagi, sekiranya foto itu telah dibedah dengan Photoshop. Kadang kala, gambar yang peli-pelik pun ada. Usah diperkatakan dengan gambar-gambar terlarang. Pernahkah kita membayangkan perasaan orang yang mungkin terlihat foto seorang muslimah (kerana rasanya gambar lelaki tidak menjadi rebutan)? Jika yang baik dan tinggi imannya, akan terus menekan butang close. Tapi yang kurang imannya pula bagaimana?


Ramai rakan-rakan kita yang memiliki Facebook  pastinya akan dan ingin berkongsi saat-saat manis mereka. Jika tiada, kenalannya pula akan tag gambar beliau. Timbul rasa musykil bila melihat gambar-gambar ini. Selamatkah? Tidak mengapakah kalau orang tengok? Aku tengah tidak pakai tudung waktu ini, orang lain tangkap gambar. Yang lelaki juga tidak terlepas dosa memperlihatkan auratnya secara global.
Pasti timbul pelbagai syubhah di hati kerana tahu ianya salah tapi ingin juga dibenarkannya. Akhirnya, satu hari, kita lihat gambar kita yang telah di-edit terpampang di laman-laman yang tidak sepatutnya. Ditambah dengan nombor telefon yang diletakkan di profile, hidup kita akan "diserikan" dengan panggilan pelik.
Mungkin kes di atas hanya satu dalam sejuta. Tapi kita perlu sedar, kita ialah satu dalam sejuta itu.  Maka, beringat-ingatlah seandainya ingin berkongsi foto secara online.  Minta kawan remove seandainya gambar yang di-tag itu menyentuh hak peribadi sebagai seorang muslim mahu pun muslimah. Insyaallah, kita akan lebih tenang dalam dunia siber yang semakin meluas hari ini.

Thursday, January 26, 2012

Benarkah ini Nur Amalina Che Bakri?





                                                                                                                                                          





       



                                     






P/s: Kalau benar gambar-gambar di atas ialah Nur Amalina yang sebelum ini manis menutup aurat, maka sudah pasti 1Malaysia terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada dirinya.